Kaum wanita penduduk Kg Kala Star kebanyakannya terdiri daripada suri rumah dan usahawan kecil. Mereka menjadikan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka gerai dan berniaga secara Online sebagai hobi dan pendapatan sampingan bagi membantu kewangan keluarga.
Mereka turut aktif menyertai aktiviti keagamaan seperti Kelas Agama, Kelas Bacaan Al-Quran dan Bacaan Yasin. Sesi pengajaran Kelas Al-Quran dan bacaan Yasin diadakan di surau berdekatan, di rumah atau di majlis-majlis tertentu sekiranya ada jemputan. Mereka juga telah beberapa kali dijemput untuk mengadakan Bacaan Yasin di Pusat Internet.
Selain dari aktiviti keagamaan, kaum wanita juga turut mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai aktiviti Senam Aerobic, Program Gaya Hidup Sihat dan pelbagai lagi yang dianjurkan oleh pihak KEMAS mahupun anjuran dari Komuniti setempat sendiri.
Aktivti kemasyarakatan lain seperti Gotong-royong memasak bubur asyura, gubahan kreatif, bengkel kecantikan turut disertai oleh mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kaum wanita dan komuniti setempat.





