mcmc
Utama

UTAMA

utama

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kala Star, Gua Musang Kelantan mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence diberi mandat untuk melaksanakannya.

Sejarah pembukaan NADI bermula apabila SKMM Kelantan dan JKKP Kg Star, Gua Musang telah membuat lawatan ke tapak pada 9 Oktober 2016 dan tapak yang dicadang oleh pihak JKKP Kg Star adalah Balairaya Kg Star yang telah dibangunkan sebelum ini. Tujuan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah untuk memberi kemudahan mengakses internet kepada masyarakat melalui NADI yang disediakan untuk masyarakat setempat.

Jumlah ahli NADI bermula dari tarikh beroperasi pada 5 Mei 2017 seramai 30 orang ahli yang telah berdaftar.