Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Kampung Kala Star, Gua Musang mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad yang bertujuan merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat. Bagi menjayakan projek ini, MSD Digital Intelligence diberi mandat untuk melaksanakannya.
Sejarah pembukaan NADI bermula apabila SKMM Kelantan dan JKKP Kg Star, Gua Musang telah membuat lawatan ke tapak pada 9 Oktober 2016 & tapak yang dicadangkan oleh pihak JKKP Kg Star adalah Balairaya Kg Star yang telah dibangunkan sebelum ini. Tujuan utama adalah untuk memberi kemudahan mengakses internet kepada masyarakat melalui NADI yang disediakan untuk masyarakat setempat.
- Lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kala Star
Balairaya Kampung Kala Star
18300 Gua Musang
Kelantan
5.063575[N],101.977635[E]

( Sumber : https://www.google.com.my/maps/search/pusat+internet+1malaysia+kg+kala+star/@5.1103594,101.9331083,11.25z?hl=en&entry=ttu)
