mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 KEUSAHAWANAN – Pn. Rosnani Binti Hassan

PENTERNAKAN BURUNG PUYUH

Nama : Rosnani Binti Hassan
Umur : 49 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Rosnani Binti Hassan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tujuh orang anak. Beliau mula berjinak di dalam penternakan burung puyuh bermula pada bulan tiga tahun 2020. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak lima puluh ringgit sahaja untuk 30 ekor burung puyuh. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan penternakan burung puyuh sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Permintaan hanya penduduk sekitar sahaja dan permintaan yang sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan telur puyuh beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada 2018 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Kini, beliau mampu berjaya menambah stok burung puyuh sehingga 150 ekor kerana permintaan jualan telur puyuh meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan seminggu beliau meningkat sehingga satu ratus ringgit. Modal yang dikeluarkan dahulu juga melebihi dan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap iaitu kedai makan di sekitar kampung dan bandar untuk jualan telur puyuh beliau.