PENTERNAKAN ARNAB
| Nama | : Rohani Binti Mustapha |
| Umur | : 38 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Rohani Binti Mustapha merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai tiga orang anak. Beliau mula berjinak di dalam bidang penternakan arnab bermula pada bulan tiga ketika musim perintah kawalan pergerakan (PKP). Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak seratus ringgit sahaja iaitu untuk tujuh ekor arnab. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan penternakan arnab sebagai sumber pendapatan sampingan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya. Beliau juga tidak keseorangan dalam penternakan arnab, beliau sering di bantu oleh suami tercinta untuk hal-hal yang berkaitan dengan penternakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja iaitu promosi melalui mulut ke mulut sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan telefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook yang dapat mempromosikan hasil jualan penternakan arnab beliau. Kini permintaan arnab daripada pelanggan semakin meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & WhatsApp serta lain-lain platform. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap iaitu kedai penternakan haiwan di Bandar Gua Musang. Kedai tersebut akan membuat belian sebanyak lima ekor arnab untuk tempoh tiga bulan sekali kerana arnab perlu di jual selepas tempoh tiga bulan iaitu tempoh kematangan arnab itu sendiri. Sehingga kini, beliau mampu tersenyum kerana memperolehi keuntungan yang banyak pada setiap bulan.

