mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 KEUSAHAWANAN – Pn. Siti Rohani Bt Noh

PRODUK KECANTIKAN (AYURA TERAPI)

Nama : Siti Rohani Bt Noh
Umur : 36 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Rohani Bt Noh merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang anak. Beliau mula berjinak di dalam bidang perniagaan atas talian bermula pada tahun 2018. Sebelum beliau berani menjual kepada pelanggan lain, beliau sendiri telah mencuba produk dan melihat keberkesanannya. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak satu ribu ringgit. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Permintaan jualan produk adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Puan Siti Rohani Bt Noh telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan pi pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau. Beliau banyak menghubungi petugas untuk mengetahui cara-cara mempromosikan produk beliau. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Permintaan jualan produk juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah sehingga RM500.