PRODUK KECANTIKAN (JAMU IBU GOJES)
| Nama | : Norazia Bt Hamat |
| Umur | : 31 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Cik Norazia Bt Hamat merupakan seorang guru tadika perpaduan. Kerana minat yang mendalam dalam bidang produk kecantikan (jamu ibu gojes), beliau menjadikan hobi tersebut sebagai pendapatan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau memulakan perniagaan pada bulan 9 tahun 2019 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung sekitar. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah tempahan dan pelanggan bulanan adalah sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Menyedari hakikat dunia perniagaan yang mempromosikan produk kecantikan melalui atas talian, Cik Norazia Bt Hamat telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftar sebagai ahli PI selepas pembukaan PI pada bulan Mei 2017. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan hasil tempahan produk kecantikan beliau. Pelanggan beliau kini boleh mengetahui tempahan produk kecantikan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM900 mengikut permintaan tempahan daripada pelanggan.





