mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 CELIK IT – Mohd Adib Abqari Bin Mohd Shakri

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER MICROSOFT OFFICE

Nama : Mohd Adib Abqari Bin Mohd Shakri
Umur : 8 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Mohd Adib Abqari Bin Mohd Shakri, berusia 8 tahun dan merupakan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Star. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Abqari sering hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kg Kala Star dan menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di PI. Semenjak PI Kg Kala Star dibuka, Abqari merupakan ahli dan pengunjung yang sering menghadiri setiap kelas yang dilaksanakan oleh petugas pada setiap minggu. Abqari sering hadir ke kelas bersama kakaknya. Beliau sorang yang komited dan berminat serta sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star pada hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh adik Mohd Adib Abqari selepas beliau mendaftar sebagai keahlian pi kg kala star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di pi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.