mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2024 CELIK IT – Maulah Omar Bin Hisa

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER ASAS MICROSOFT OFFICE 

Nama: Maulah Omar Bin Hisa
Umur: 11 tahun
Ahli: 2018

Latar belakang

Maulah Omar Bin Hisa merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik serta anak tempatan Kg Kala Star yang masih lagi berada di alam persekolahan. Beliau mula bersama NADI kerana sering dan kerap selalu hadir mengikuti kelas komputer, kelas tuisyen serta program yang telah di anjurkan oleh NADI bersama rakan pada tahun 2018 lagi. Dari situlah, beliau mula mendaftar sebagai ahli NADI dan kekal aktif sehingga sekarang. Pelbagai aktiviti dan kelas yang disertai oleh Maulah Omar sejak daripada dulu sehingga sekarang. Beliau juga menyertai beberapa kemahiran insaniah yang lain dengan kemudahan yang ada di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti program pembelajaran di NADI Kg Kala Star, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin. Walau bagaimanapun, beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office serta modul-modul yang berkaitan. Beliau datang belajar di NADI Kampung Kala Star pada hujung minggu dan cuti sekolah bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Banyak kelas yang beliau hadiri selepas beliau mendaftar sebagai keahlian NADI Kampung Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di NADI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Beliau juga selalu datang ke NADI Kampung Kala Star setiap petang selepas waktu persekolahan.