KAK YAH BUNDLE
| Nama | : Noriah Binti Mustafa |
| Umur | : 46 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Noriah Mustafa merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai lima orang anak. Beliau mula berjinak di dalam bidang perniagaan Kak Yah Bundle bermula pada dua tahun yang lepas. Sebelum ini, beliau merupakan rakan kongsi bersama rakan beliau iaitu Pn Sarina Binti Wan Noor. Rakan kongsi beliau banyak memberi tunjuk ajar sehingga beliau yakin dan percaya mengenai selok belok berkaitan perniagaan. Kini beliau mampu membuka kedai perniagaan sendiri iaitu Kak Yah Bundle. Beliau menjual pelbagai jenis barangan terpakai seperi toto, baju dan pelbagai lagi. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak tiga ribu ringgit. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Permintaan jualan barangan terpakai hanya penduduk sekitar sahaja dan permintaan sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan jualan beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada 2018 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Kini, beliau mampu berjaya menambah stok untuk sebulan sekali kerana permintaan jualan juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau meningkat sehingga dua ribu sebulan dengan purata jualan sehari sebanyak dua ratus ringgit.








