KEROPOK CHEESE SPICY
| Nama | : Noor Alwani Binti Hashim |
| Umur | : 24 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Noor Alwani mula menceburi perniagaan Keropok Cheese Spicy bermula pada bulan 3 yang lalu secara suka-suka untuk mengisi masa lapang ketika itu adalah musim perintah kawalan pergerakan (PKP). Kebetulan juga beliau sedang bercuti kerana semua institusi di tutup. Beliau merupakan seorang pelajar universiti jurusan Analisis Forensik (Kimia) di Uitm. Modal permulaan beliau hanyalah seratus ringgit sahaja. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya berniaga Keropok sahaja, beliau juga turut meniaga barangan lain. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan serta meringakan beban keluarga di samping untuk menampung perbelanjaan di universiti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja iaitu promosi melalui mulut ke mulut sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan talefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook page (Keropok Cheese Bonda) yang dapat mempromosikan hasil jualan produk beliau. Kini permintaan keropok cheese daripada pelanggan semakin meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & whatsapp serta Instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap, agent di beberapa negeri seperti Selangor, Melaka dan Johor dan berjaya memasarkan keropok cheese dengan lebih berkesan. Pelanggan juga, lebih yakin dan percaya dengan produk yang di jual oleh beliau. Sehingga kini keuntungan beliau menjual keropok cheese pada setiap bulan mencecah hampir lima ratus ringgit. Permintaan juga meningkat terutama sekali pada musim-musim keraian.








