mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 CELIK IT – Pn. Noriah Binti Mustafa

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER MICROSOFT OFFICE 2010

Nama : Noriah Binti Mustafa
Umur : 46 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Noriah Mustafa merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai lima orang anak. Beliau mula berjinak di dalam bidang perniagaan Kak Yah Bundle bermula pada dua tahun yang lepas. Sebelum ini, beliau merupakan rakan kongsi bersama rakan beliau iaitu Pn Sarina Binti Wan Noor. Rakan kongsi beliau banyak memberi tunjuk ajar sehingga beliau yakin dan percaya mengenai selok belok berkaitan perniagaan. Kini beliau mampu membuka kedai perniagaan sendiri iaitu Kak Yah Bundle. Beliau menjual pelbagai jenis barangan terpakai seperi toto, baju dan pelbagai lagi. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak tiga ribu ringgit. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap namun beliau menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas menunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet  Kg Kala Star setiap selasa dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office, emel dan modul-modul lain. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Selain itu, beliau juga sering membuat carian bahan-bahan dan barangan terpakai mengikut trend terkini melalui youtube Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di PI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.