TUDUNG BAWAL
| Nama | : Yusniza Bt Zawizah |
| Umur | : 38 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Yusniza mula menceburi perniagaan atas talian bermula setahun yang lalu pada tahun 2018 secara suka-suka. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 5 orang anak. Modal permulaan beliau adalah tiga ribu ringgit. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya menjual tudung bawal sahaja, beliau juga turut meniaga barangan kecantikan wanita, makanan dan barang-barang keperluan. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja iaitu promosi melalui mulut ke mulut sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan telefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan produk beliau. Kini permintaan tudung bawal daripada pelanggan semakin meningkat pada setiap minggu sebanyak lima belas helai yang dijual serta meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & WhatsApp serta Instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan jualan tudung bawal dengan lebih berkesan. Pelanggan juga, lebih yakin dan percaya dengan keberkesanan, reka bentuk, jenis kain tudung bawal yang di jual oleh beliau. Sehingga kini keuntungan beliau menjual tudung bawal pada setiap bulan mencecah hampir lima ratus ringgit. Permintaan juga meningkat terutama sekali pada musim-musim perayaan.





