PRODUK KECANTIKAN (ANNAH MARDHIAH SKINCARE & JAMU BONDA)
| Nama | : Erna Wita Binti Amiruddin |
| Umur | : 28 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Erna Wita merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai dua orang anak. Beliau mula berjinak di dalam bidang perniagaan atas talian bermula pada bulan enam tahun 2018. Sebelum beliau berani menjual kepada pelanggan lain, beliau sendiri telah mencuba produk dan melihat keberkesanannya. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak satu ribu ringgit. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suaminya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Permintaan jualan produk hanya penduduk sekitar sahaja dan permintaan sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada 2018 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan produk. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Permintaan jualan produk juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau meningkat.





