USAHAWAN BARANG KEPERLUAN, MAKANAN, PAKAIAN & PRODUK KECANTIKAN
| Nama | : Noriza Bt Hamat |
| Umur | : 42 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Noriza Bt Hamat merupakan seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 6 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Beliau menjalankan perniagaan bermula pada awal tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Permintaan pelanggan bulanan adalah sangat sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan beliau. Puan Noriza Bt Hamat telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan produk beliau.








