USAHAWAN GERAI KAK YAA, PRODUK KESIHATAN & BARANG KEPERLUAN
| Nama | : Masnira Bt Mat Hassan |
| Umur | : 26 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Pn Masnira Bt Mat Hassan mengusahakan perniagaan Gerai Kak Yaa bermula pada tahun 2016. Beliau mempunyai 2 orang anak. Sebelum beliau membuka gerai sendiri, beliau telah berniaga menolong ibu sebagi pelayan serta meniaga kecil-kecilan di pasar minggu. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya meniaga sahaja, beliau juga turut meniaga barangan kesihatan dan barang-barang keperluan. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pn Masnira telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau. Permintaan barang-barangyang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam facebook. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan dan membuat penghantaran makanan dan barangan beliau ke rumah dan ke kampung-kampung lain. Pelanggan juga tidak perlu lagi ke kedai kerana beliau sendiri yang akan menghantar kepada pelanggan.





