mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2020 KEUSAHAWANAN – Pn. Siti Zaiweyah Bt Mat Deris

AKOK TRADISIONAL

Nama : Siti Zaiweyah Bt Mat Deris
Umur : 58 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Siti Zaiweyah mula membuat perniagaan akok tradisional semenjak 10 tahun yang lepas secara kecil-kecilan. Beliau merupakan seorang peniaga kedai makan dan mempunyai 9 orang anak. Perniagaan akok beliau hanya dilakukan pada bulan puasa pada sebelum ini, tapi kini beliau membuat akok pada setiap hari jika ada permintaan dan tempahan daripada pelanggan. Modal permulaan beliau adalah dua ratus ringgit sahaja. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya menjual akok sahaja, terdapat juga perlbagai jenis kuih muih yang di jual. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan akok sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Kini beliau mampu tersenyum kerana permintaan daripada pelanggan semakin ramai dan keuntungan yang beliau dapat juga di luar jangkaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau pada tahun-tahun sebelum ini sedikit. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan juga adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja iaitu promosi melalui mulut ke mulut sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan talefon bimbit dengan bantuan anak-anak dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online. Beliau juga menggunakan platform facebook anak-anak untuk mempromosikan kuih akok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan kuih akok. Permintaan kuih akok yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan kuih akok di dalam Facebook, Myshop & whatsapp. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap. Pelanggan juga, lebih yakin dan percaya dengan keenakan kuih akok yang dijual oleh beliau kerana beliau masih mengekalkan proses pembuatan kuih akok secara tradisional. Kini beliau di bantu oleh 2 orang anak lelaki beliau dalam proses pembakaran kuih akok.