mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2020 KEUSAHAWANAN – En. Hasrulnizam Bin Hashim

PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN SHAKLEE

Nama : Hasrulnizam Bin Hashim
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Hasrulnizam memulakan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Shaklee bermula pada awal tahun 2019. Dengan bermodalkan sebanyak tiga puluh lima ringgit pada permulaannya. Pada permulaan, beliau hanya menggunakan produk untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja. Selepas yakin dengan penggunaan produk yang digunakan oleh beliau, beliau mula mempromosikan kepada pengguna lain. Tanpa di sangka kini setelah setahun beliau mampu menjana pendapatan dan telah mendapat keuntungan melebihi daripada gaji bulanan beliau. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan jualan produk shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan di samping untuk membantu meringankan beban ibu bapanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Permintaan jualan produk Shaklee daripada pelanggan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan produk  beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan pi pada November 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan produk Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas Pi Kg Kala Star. Permintaan jualan produk juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau meningkat. Hampir setiap bulan purata jualan produk dan ahli di bawahnya meningkat dan terus meningkat.