MEMPELAJARI ASAS MICROSOFT OFFICE
| Nama | : Nur Aqilah Binti Mohd Suhaimi |
| Umur | : 9 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Nur Aqilah Binti Mohd Suhaimi 9 tahun dan merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Star. Beliau merupakan anak keenam daripada 6 orang adik beradik. Nur Aqilah selalu hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kg Kala Star. Semenjak PI Kg Kala Star dibuka, beliau merupakan ahli dan pengunjung yang sering menghadiri setiap kelas yang dilaksanakan oleh petugas pada setiap minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu serta pada cuti persekolahan. Beliau seorang yang komited dan berminat serta sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Beliau juga seorang yang cepat belajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star pada hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh beliau selepas beliau mendaftar sebagai keahlian PI Kg Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang.





