mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 KEUSAHAWANAN – Pn. Wan Shuhada Bt Wan Sopian

PRODUK JUS MALIKA

Nama : Wan Shuhada Bt Wan Sopian
Umur : 28 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Wan Shuhada Bt Wan Sopian mula menceburi perniagaan atas talian bermula setahun yang lalu pada tahun 2018 secara suka-suka. Beliau merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai 2 orang anak. Modal permulaan beliau adalah dua ratus ringgit sahaja. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya menjual produk jus Malika  sahaja, beliau juga turut meniaga barangan kecantikan wanita, makanan dan barang-barang keperluan. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan / pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja iaitu promosi melalui mulut ke mulut sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan talefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan produk beliau. Permintaan produk jus malika yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & whatsapp. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan produk jualan dengan lebih berkesan. Pelanggan juga, lebih yakin dan percaya dengan keberkesanan produk yang di jual oleh beliau.