mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 KEUSAHAWANAN – Mohamad Syafiq Irwan Bin Ahmad

SIMKAD TONE WOW

Nama : Mohamad Syafiq Irwan Bin Ahmad
Umur : 19 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Adik Mohamad Syafiq Irwan Bin Ahmad  merupakan seorang pelajar sekolah menengah teknik vokasional. Beliau bijak menjadi usahawan simkad ketika masih di bangku sekolah lagi. Pada permulaan, beliau hanya menggunakan simkad untuk diri sendiri sahaja dan hanya untuk suka-suka. Selepas yakin dengan kelebihan yang ada pada simkad tersebut, beliau mula mempromosikan simkad beliau kepada kawan-kawan di sekolah. Tanpa di sangka kini setelah setahun beliau mampu menjana pendapatan tanpa mendapatkan wang saku untuk persekolahan daripada ibu bapa beliau. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan jualan simkad sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban ibu bapanya. Beliau menjalankan perniagaan bermula pada awal tahun 2018.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Permintaan jualan simkad daripada pelanggan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan jualan simkad beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada November 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan simkad. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Permintaan jualan simkad juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau meningkat. Hampir setiap bulan purata jualan simkad meningkat dan terus meningkat.