mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2019 CELIK IT – Mohammad Syakir Aizad Bin Mokhtar Dahari

MEMPELAJARI ASAS MICROSOFT OFFICE

Nama : Mohammad Syakir Aizad Bin Mokhtar  Dahari
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Mohammad Syakir Aizad Bin Mokhtar Dahari 9 tahun dan merupakan pelajar tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Star dan. Beliau merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik. Syakir sering hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kg Kala Star. Semenjak PI  Kg Kala Star dibuka, beliau merupakan ahli dan pengunjung yang sering menghadiri setiap kelas yang dilaksanakan oleh petugas pada setiap minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu serta pada cuti persekolahan. Beliau seorang yang komited dan berminat serta sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet  Kg Kala Star pada hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh beliau selepas beliau mendaftar sebagai keahlian PI Kg Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau.