mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2024 CELIK IT – Azhar Bin Rosli

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER ASAS MICROSOFT OFFICE 

Nama: Azhar Bin Rosli
Umur: 11 tahun
Ahli: 2021

Latar belakang

Azhar Bin Rosli berusia 11 tahun dan merupakan pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Star. Beliau merupakan seorang pelajar yang sangat rajin komited. Beliau selalu datang belajar kelas komputer di NADI Kampung Kala Star pada setiap hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu. Selain itu, beliau juga sering belajar tuisyen secara atas talian di NADI Kampung Kala Star. Beliau mula bersama NADI ketika selalu hadir kelas bersama rakan pada tahun 2021 lagi. Dari situlah, beliau mula mendaftar sebagai ahli NADI dan kekal aktif sehingga sekarang. Pelbagai aktiviti dan kelas yang disertai oleh Azhar Bin Rosli sejak daripada dulu sehingga sekarang. Kemahiran dan pelbagai perisian yang ada dalam komputer sudah mampu digunakan dengan baik oleh Azhar. Beliau juga telah mengikuti pelbagai kelas termasuk e-tuisyen bagi membantunya dalam pelajaran di sekolah serta beberapa kemahiran insaniah yang lain dengan kemudahan yang ada di NADI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengikuti program pembelajaran di NADI Kampung Kala Star, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin. Walau bagaimanapun, beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office serta modul-modul yang berkaitan. Beliau datang belajar di NADI Kampung Kala Star pada hujung minggu dan cuti sekolah bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Banyak kelas yang beliau hadiri selepas beliau mendaftar sebagai keahlian NADI Kampung Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di NADI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.