PRODUK CHOCO MILK SHAKE 3S
| Nama | : Nor Zuraidah Binti Yusof |
| Umur | : 32 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Nor Zuraidah Binti Yusof mula menjual produk Choco Milk Shake pada tahun lepas iaitu tahun 2020. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu tunggal mempunyai 2 orang anak. Selepas kematian suami beliau nekad untuk mencari rezeki menyara anak-anaknya yang masih bersekolah. Walaupun pendapatan beliau tidak banyak tapi permintaan daripada pelanggan sentiasa ada. Beliau juga merupakan usawahan di bawah sahabat Amanah Iktiar Malaysia. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana permintaan produk choco milk shake semakin bertambah pada setiap hari. Modal permulaan beliau keluarkan adalah sebanyak RM1600. Kini beliau mampu tersenyum kerana keuntungan yang beliau dapat hasil daripada berniaga produk choco milk shake sudah melebihi daripada modal permulaan yang beliau keluarkan sebelum ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan talefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Permintaan produk yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & Instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas.
