mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 KEUSAHAWANAN – En. Muhammad Asrul Hafiz Bin Suhaizo

PERKHIDMATAN MELUKIS MURAL & JURUFOTO

Nama : Muhammad Asrul Hafiz Bin Suhaizo
Umur : 24 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Asrul Hafiz merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Beliau telah menamatkan pelajaran di Ranaco Education and Training Terengganu dalam jurusan Pengurusan Maritim. Beliau mula berminat dengan lukisan mural bermula pada tahun 2012 lagi ketika berumur 17 tahun. Beliau sering mengikuti bapanya melakukan kerja-kerja melukis mural dan dari situ timbul minat yang mendalam terhadap lukisan mural. Selain itu, beliau juga melakukan perkhidmatan sampingan seperti jurufoto pengantin sekolah dan pelbagai lagi. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan tidak mensia-siakan masa dan peluang yang ada iaitu menjadikan perkhidmatan melukis mural dan jurufoto sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Tiada sambutan dan tiada permintaan daripada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan  beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Komuniti Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PIK pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan perkhidmatan melukis mural beliau. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PIK Kg Kala Star. Permintaan perkhidmatan melukis beliau juga mendapat sambutan selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Sehingga kini beliau telah melukis mural hampir seluruh sekolah tabika, kedai makan, masjid di daerah gua musang. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau kini mencecah sehingga RM500.