mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2020 KEUSAHAWANAN – Pn. Salamah @ Norma Binti Hamat

KEREPEK PISANG

Nama : Salamah @ Norma Binti Hamat
Umur : 52 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Salamah @ Norma Binti Hamat mula mengusahakan kerepek pisang bermula pada tiga tahun yang lepas secara kecil-kecilan. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 7 orang anak. Selepas kematian suami beliau nekad untuk mencari rezeki menyara anak-anaknya yang masih bersekolah. Walaupun pendapatan beliau tidak banyak tapi permintaan daripada pelanggan sentiasa ada. Beliau juga merupakan usawahan di bawah sahabat Amanah Iktiar Malaysia. Kini beliau tidak perlu bimbang lagi kerana permintaan kerepek pisang semakin bertambah pada setiap hari terutama sekali permintaan yang amat tinggi oleh pelanggan pada musim perayaan. Modal permulaan beliau usahakan adalah sebanyak lima puluh ringgi sahaja. Kini beliau mampu tersenyum kerana keuntungan yang beliau dapat hasil meniaga kerepek pisang beliau sudah ada tempat yang sesuai dan selesa untuk menggoreng kerepek pisang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan telefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil kerepek pisang beliau. Permintaan kerepek pisang yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & Instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan kerepek pisang ke bandar- bandar yang berdekatan.