mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2020 KEUSAHAWANAN – Pn. Norafira Binti Mohamad

PAKAIAN WANITA (T-SHIRT LADYBELLA)

Nama : Norafira Binti Mohamad
Umur : 28 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Puan Norafira Bt Mohamad merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan tidak mensia-siakan masa dan peluang yang ada iaitu menjadikan jualan atas talian pakaian wanita sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Permintaan pakaian wanita daripada pelanggan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk baju beliau. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Permintaan produk beliau juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau kini mencecah sehingga RM 700. Hampir setiap hari banyak produk yang di tempah oleh pelanggan. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memenuhi citarasa baju-baju yang menarik kepada pelanggan serta pelanggan amat berpuas hati.