mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Pelancongan & Tempat Bersejarah

tmnetno1

Taman Etno Botani 

 

Taman Etno Botani atau Taman Mini Herba ini terletak di belakang Kolej Poly Tech MARA Kesedar, Gua Musang. Taman Etnobotani, Gua Musang dibangunkan sebagai pusat penyelidikan hutan dan rekreasi bertujuan bagi memelihara kepentingan hasil hutan dan produk yang berkaitan dengannya khususnya produk herba. Ia terletak berhampiran bandar Gua Musang iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dengan kawasan seluas 35 hektar.Komponen utama Taman Etnobotani ialah taman herba, galleri herba, pusat inkubator (8 unit) untuk pengusaha IKS berasaskan herba,kemudahan aktiviti riadah, chalet, taman mini haiwan dan pelbagai kemudahan sokongan. Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung ialah lawatan ke kawasan tanaman pelbagai jenis herba, mendaki bukit, perkhemahan, titian kanopi dan menikmati keindahan gua.Pada masa kini sebahagian daripada kawasan Taman Etnobotani sedang digunakan untuk pusat latihan belia dibawah program Pusat Latihan Khidmat Negara. Isu utama yang dikenalpasti ialah taman ini kurang mendapat sambutan daripada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong.

  • Lokasi
  • Terletak kira-kira 3 km dari pusat bandar Gua Musang di Jalan Persekutuan Gua Musang – Kuala Lumpur (8). Dari bandar, melepasi Taman Wangi kira-kira 500 meter di hadapan akan menemui Taman Etnobotani.

 

Pengangkutan Awam
Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi. Perkhidmatan teksi mudah didapati di dua stesen teksi Bandar Baru dan Bandar Lama Gua Musang dengan harga tambang RM 7.

Tarikan
Taman Etnobotani terkenal dengan tanaman herba dan pusat ternakan burung Kasawari dan rusa. Pelawat berpeluang melihat habitat spesis burung ini dan spesis Rusa Timor serta berpeluang mengetahui khasiat herba-herba untuk kesihatan.
Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang, beberapa aktiviti rekreasi turut ditawarkan seperti rock climbing, berkhemah, penganjuran aktiviti-aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus-kursus dan sebagainya.Kemudahan-kemudahan asas dan kelengkapan aktiviti termasuk kemudahan penginapan turut disediakan dan sekarang ini Taman Etnobotani menjadi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di samping dibuka untuk pelancong.

Aktiviti:

Lawatan

* Masuk percuma
* Buka 9 pagi – 5 petang dan ditutup pada hari Jumaat Aktiviti Khas (Hari Keluarga/Kursus-Kursus)
* Perlu kebenaran daripada KESEDAR dan penempahan awal
* Kebanyakan peralatan boleh didapati di Taman Etnobotani (secara sewa)

Rock Climbing

* Perlu kebenaran daripada pihak KESEDAR
* Peralatan perlu disediakan oleh peserta atau sewa dengan pihak Taman Etnobotani
* Keselamatan tanggungjawab sendiri
* Mencabar

  • Untuk maklumat lanjut hubungi Ketua Unit Taman Etno Botani: Tuan Hj Mohd Khairuddin Abu Bakar (014 – 831 9600)

 

tmnetno2 tmnetno3
spa rock
tmnmini

 

Sumber : http://www.kesedar.gov.my/taman-entnobotani               

            : http://www.projektravel.com/2016/08/tempat-menarik-di-gua-musang-kelantan.html

 

 

Tasik Ketitir

tasik1  

 

Tasik Ketitir terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.Tiada pengangkutan bas awam ke Tasik Ketitir. Hanya teksi di stesen bandar lama sahaja beroperasi ke Taman Tasik dengan tambang RM 2. Dari stesen bas dan teksi bandar baru, kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.Tasik Ketitir merupakan sebuah tasik bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu. Kini ia telah dijadikan satu kawasan rekreasi dalam bandar di Gua Musang. Namanya adalah daripada spesis burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini. Menjadi tumpuan kepada masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.


sumber : 
http://www.mdgm.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/tasik-ketitir

 

 

Pusat Perkelahan Sungai Stong

 

10374851 1442750102643279 2767666002997490147 n

 

Dibuka pada tahun 2014, selepas dinaik taraf kini tempat ini sering dikunjungi pengunjung ketika cuti persekolahan, hari biasa dan cuti-cuti umum. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya ialah kemudahan surau, chalet, tapak perkhemahan, ruang BBQ wakaf-wakaf dan tempat letak kenderaan yang luas dan selamat. Tempat ini sesuai dan selamat untuk keluarga dan kanak-kanak bermandi manda. Merupakan laluan utama iaitu Jalan Jelawang – Gua Musang, 18200 Dabong, Kelantan.

 
 
 
  Kolam Air Panas ‘BER’ Lojing
 
1
 
Pada masa kini, terdapat dua rangkaian kolam air panas, iaitu kolam air panas Sungai BER dan Sungai Mering. Kedua-dua kolam air panas tersebut terletak di kawasan pedalaman iaitu dalam kawasan Hutan Simpan Sungai Berok.
 
Kedua-dua kolam air panas tersebut berpotensi sebagai kawasan tarikan geo- pelancongan. Kolam air panas Sungai Ber merupakan kolam air yang terpanas di Kelantan (72 0C). Manakala kolam air panas Sungai Mering merupakan aliran air panas berbentuk air terjun bertingkat yang amat cantik bentuknya.
 
22 2

 

Sumber: http://www.mdgm.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kolam-air-panas-ber-lojing

           : http://tourism.kelantan.my/index.php/lojing/kolam-air-panas-ber

 

 

Air Terjun Gunung Stong

 

1

 

Air Terjun Jelawang/Air Terjun Gunung Stong adalah sebuah tempat yang menarik dan telah menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara. Air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Apa yang menarik tentang air terjun ini adalah aliran airnya bukanlah seperti air terjun yang lain sebaliknya airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi. Air Terjun Jelawang ini terletak di atas salah sebuah Gunung Stong dan diliputi dengan panorama alam yang mampu menggoda hati pelancong untuk menikmati keindahannya. Air Terjun Jelawang telah lama mendapat tempat di hati pelancong termasuklah pelancong asing. Hal ini kerana, Air terjun Jelawang merupakan antara salah satu daripada lima tempat pelancongan yang menarik dan tertinggi dalam Malaysia. 

 

Gunung Setong (Stong)- Gunung Ayam, Dabong, Kelantan.

 

1

 

Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengangkutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong.Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang.Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666 kaki dari aras laut. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.Terdapat dua lagi trek ke Baha’s Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang pada ketinggian 1404 dari aras laut. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.Pendaki boleh tiba di Baha’s Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha’s Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan yang memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha’s Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung. 

Sumber: http://www.kesedar.gov.my/gunung-stong         

           : http://www.orangkelantan.com/air-terjun-jelawang-di-kelantan-paling-tinggi-           

             di-asia-tenggara.html 

 

 

Gua Madu

 

Gua Madu 1

  • Lokasi
  • Gua Madu terletak di Kampung Batu Papan kira-kira 4 km dari bandar Gua Musang. Dari simpang tiga berdekatan Balai Polis Gua Musang ke kiri kira-kira 2 km dan ke simpang masuk utama ke Gua Madu. Dari simpang tersebut perlu melalui kawasan perkampungan sejauh kira-kira 1 km untuk sampai ke tempat tersebut.

 

  • Pengangkutan Awam
  • Tiada perkhidmatan bas awam yang beroperasi. Perkhidmatan teksi dan teksi persendirian teksi sapu mudah didapati di stesen bas dan teksi Gua Musang.

 

  • Tarikan
  • Gua Madu antara rangkaian gua batu kapur yang unik di Gua Musang. Mempunyai sumber sungai dan dikelilingi oleh hutan-hutan yang masih hijau serta landskap perkampungan yang harmoni menarik penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti rekreasi. Di dinding-dinding gua terdapat sarang-sarang lebah dan sempena dengan madu-madu yang terhasil nama tempat ini sinonim dengan madu tersebut.

 

Gua Madu 3 Jambatan Gua Madu

 

Sumber: http://www.come2kelantan.my/place/gua-madu/

 

Taman Negara Kuala Koh

 

Kelantan

 

Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Taman ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir. Taman Negara Kuala Koh merupakan sebahagian daripada Taman Negara Semenanjung yang meliputi 4343 km persegi yang mana kedudukannya termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Taman negara ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik. Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ianya mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

 

   Kelantan2   taman2

 

Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D).

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung yang melebihi 300 spesies, aktiviti memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.

 

   kuala koh    taman negara    

 

Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong,terdapat kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.

 

(Sumber: http://www.orangkelantan.com/keindahan-yang-tersimpan-di-taman-negara-kuala-koh-di-jajahan-gua-musang-kelantan.html)

Sungai Nenggiri & Rangkaian Jeram

 

3

 

Sungai Nenggiri merupakan rangkaian utama sistem saliran sungai di Jajahan Gua Musang yang menawarkan aktiviti lipur diri kepada pengunjung khususnya bagi aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing. Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram (rapid) dan amat sesuai untuk aktiviti berakit dan berkayak berteraskan eko-pelancongan.

Sungai Nenggiri dan anak sungainya menjadi sistem perhubungan utama bagi petempatan di kawasan pedalaman seperti perkampungan orang asli Pos Brooke, Pos Mering dan Pos Pulat, Kg. Kuala Jenera, Kg. Kuala Penep dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pelancong ialah `Nenggiri River Cruise’ iaitu perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot / rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kg. Star.

 

 destinasi menarik 9   destinasi menarik 10

 

Ia merupakan pakej lawatan 3 hari 2 malam dan 2 hari satu malam yang dianjurkan oleh agensi pelancongan untuk pelancong berkumpulan. Antara tempat yang dilawati disepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha (tapak bersejarah zaman purba) dan perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat (menghayati budaya dan gaya hidup).

Selain daripada itu, pihak KESEDAR dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Majlis Belia turut menganjurkan acara tahunan `Nenggiri Challenge’ iaitu acara berkayak yang melibatkan bukan sahaja peserta tempatan tetapi peserta luar negara seperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia. Ia bermula di pengkalan jeti Gua Cha dan berakhir di Kg. Star termasuk bermalam di Pos Pulat.

 

 2    1

 

Lokasi
Terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Gua Musang melalui jalan tempatan (D30) menuju ke Kuala Betis. Kuala Betis merupakan pintu masuk (Check Point) atau tempat bermula aktiviti-aktiviti dan semua tarikan terletak di sepanjang Sungai Nenggiri.

Pengangkutan
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad beroperasi ke Gua Musang setiap hari dari selatan Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur melalui dua rel utama iaitu Ekspres Wau dan Ekspres Timuran. Dari Kota Bharu, bas ekspres Transnasional No.8 beroperasi 4 perjalanan sehari ke Gua Musang.

Tiada perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi ke Kuala Betis. Para peserta melalui pakej-pakej kebiasaannya disediakan kenderaan khusus. Jenis kenderaan yang paling sesuai ialah pacuan empat roda kerana struktur jalan tanah merah yang licin dan berbukit.

Tarikan
Sungai Nenggiri merupakan satu tarikan eko-pelancongan yang sedang membangun di Negeri Kelantan.  Lembangan Sungai Nenggiri yang popular dengan aktiviti berakit turut mempunyai “santuari ikan kelah” yang dipercayai boleh mencapai berat sehingga 25 kg. Di sepanjang sungai ini, terletak  rangkaian gua-gua bersejarah yang pernah menjadi tempat penyelidikan arkeologi dengan penemuan rangka manusia pada zaman batu seperti Gua Cha dan Gua Peralen yang menjadi kemestian lawatan di dalam pakej-pakej berkaitan Sungai Nenggiri.  Terdapat beberapa penempatan kaum orang asli di sepanjang sungai yang masih mengamalkan cara hidup secara nomad.

  1. Aktiviti
  2. Berakit 
    1.    Melalui jeram-jeram yang mencabar sejauh 30 kilometer (Jeram Setar, Jeram Piung,
  3.        Jeram Rucing dan lain-lain)
  4. 2.    Ciri-ciri keselamatan diutamakan
    3.    Pemandu pelancong yang berpengalaman

    Lawatan 
    1.    Lawatan boleh dibuat melalui persendirian dan juga pakej
    2.    Perlu berhati-hati permukaan tanah lompong dan bahaya akibat proses carigali
    3.    Tiada  fakta  informasi berbentuk dokumentasi berkaitan dengan Gua Cha dan Gua Peralen

 

Pengalaman Tradisi Orang Asli 
1.    Mempelajari tradisi kaum Temia dan Batik
2.    Pelawat diberi peluang  mencuba pelbagai demontrasi

Berkelah 
1.    Berkelah di beberapa tempat disepanjang Sg. Nenggiri
2.    Hanya boleh sampai dengan menaiki bot/ rakit sahaja
3.    Mempunyai sumber air terjun yang bersih

Tracking
1.    Terdapat beberapa laluan (ke Gua Pintu, Bukit Peralen)
2.    Kesemua laluan mencabar
3.    Mengambil masa antara 2-3 jam (bergantung kepada jumlah peserta)
4.    Alat-alat persediaan asas tracking perlu disediakan oleh peserta
5.    Perlu menggunakan jurupandu
6.    Keselamatan diambil kira

Kemudahan Asas
o    Papan tanda dalaman
o    Surau
o    Rumah rehat / penginapan (Pos Pulat)
o    Tandas
o    Rumah rehat / penginapan untuk lelaki (Pos Tohoi)
o    Rumah rehat / penginapan untuk perempuan (Pos Tohoi)

(Sumber : http://www.mdgm.gov.my)

(Sumber : http://www.kesedar.gov.my)

(Sumber : http://www.come2kelantan.my/place/sungai-nenggiri)

 

Padang Golf & Sukan Berkuda

taman rekreasi perdana padang golf

Padang Golf Kelab Rekreasi Perdana

 

Bagi tujuan riadah, Jajahan Gua Musang mempunyai sebuah padang golf bagi pengunjung atau pelancong yang mengemari permainan golf. Padang golf tersebut ialah Kelab Rekreasi Perdana terletak berhampiran Taman Etnobotani.

 

taman rekreasi perdana padang golf 2

Lapang Sasar Kelab Rekreasi Perdana

 

Ia merupakan padang golf 9 lubang yang dilengkapi dengan rumah kelab dan restoran serta terbuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran yang berpatutan. Pada masa kini padang golf tersebut menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan terutama bagi penduduk di bandar Gua Musang.

 

Sumber : http://www.mdgm.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/padang-golf-sukan-berkuda

 

Lojing Highlands

DjMWU28UcAAGdAg

 

Lojing Highlands merupakan salah satu tempat menarik di Gua Musang yang perlu anda lawati. Bukan sahaja anda boleh melihat keindahan bukit bukau yang hijau, anda juga boleh melihat bunga Rafflesia yang merupakan warisan alam semulajadi. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah keindahan flora dan fauna yang mempersonakan serta air terjun. Terdapat pakej pelancongan yang menanti anda di sini iaitu Pakej Rafflesia @ Lojing. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pakej yang berbeza dan boleh melakukan aktiviti yang pelbagai di sini.

Jajahan Kecil Lojing dimasyhurkan sebagai sebuah jajahan pada 5 Ogos 2010, Jajahan Kecil Lojing adalah jajahan yang ke sebelas di Negeri Kelantan. Jajahan ini terletak di dalam Daerah Bertam (keluasan 412,580 hektar), Jajahan Gua Musang. Daerah Bertam mengandungi 3 mukim iaitu mukim Ulu Nenggiri, Mukim Limau Kasturi dan Mukim Kuala Sungai. Jajahan Kecil Lojing terletak dalam Mukim Ulu Nenggiri dengan keluasan 181,700 hektar iaitu 22.42% dari keluasan keseluruhan Gua Musang yang berjumlah 810,410 hektar. Jajahan Kecil Lojing dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Daerah Sigar, Daerah Hau dan Daerah Kuala Betis. Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing dan Majlis Daerah Gua Musang Cawangan lojing terletak kira-kira 90 km.

 

1 28   2 27

 

Khazanah alam semulajadi di LOJING HIGHLANDS menjadikan daerah ini sebagai daerah Pelancongan & Peranginan pada masa hadapan seterusnya menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar Negara. Para pelancong akan terpesona sambil melihat flora & fauna sepanjang perjalanan menuju ke lokasi Bunga Rafflesia.

Bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing adalah daripada spesis ‘Rafflesia Kerrii’ yang hanya tumbuh di julat antara selatan Thailand sehingga ke sempadan negeri Kelantan, Kedah dan Pahang sahaja. Bunga ini hidup di kawasan yang bersuhu sejuk dan tanah tinggi. Kebanyakan habitat Rafflesia yang ditemui adalah terletak berdekatan tepi sungai, di kawasan yang curam dan berdekatan dengan pokok-pokok buluh. Populasi paling banyak Rafflesia dijumpai di Kg. Jedip, Pos Brooke Lojing. Sejumlah 20 populasi Rafflesia telah dikenalpasti di kawasan ini. Setiap populasi Rafflesia mengandugi 10-15 kudup atau kuntum.

 

PAKEJ RAFFLESIA@LOJING

– Melawat bunga rafflesia

– Melawat flora & fauna

– Melawat air terjun & panorama kampung orang asli

– Peserta mesti secara berkumpulan antara 15-25 orang

– Bayaran pemandu pelancong

– Makan pagi & tengahari disediakan oleh penganjur

– Untuk melawat 3 tempat ini cas RM35.00/seorang

 

Pembayaran boleh dibuat kepada:

KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN SOSIAL (KESUMA) MAJLIS DAERAH GUA MUSANG

Cek/Tunai : KELAB KESUMA MDGM

No. Akaun CIMB : 8601834281

Sila Hubungi : 09-9120235 (Pejabat)

                    : 011-16369177 (En. Mohd Zulhisam Bin Mat Zain-Penyelia MDGM Cawangan LOJING)

                    : 019-9199753 (En. Kamarudin Bin Idris)

Sumber : http://www.mdgm.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/bunga-rafflesia-di-negeri-kelantan-lojing-highlands

 

Air Terjun Lata Kertas

stom9

 

Merupakan taman rekreasi tempatan. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai. Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km.

 

7MK 6977

 

Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli – Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM 25/orang.

 

(Sumber : http://www.kesedar.gov.my)

 

Tasik Pergau

tasik1

Jika Perak terkenal kerana keindahan Pula Banding dan tasiknya, Kelantan pula mempunyai Tasik Pergau yang memberikan pelbagai kelebihan kepada pencinta alam semulajadi. Selain koleksi flora dan fauna yang banyak di kedua-dua tempat itu, persamaan lain adalah dua tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik di Temenggor dan Pergau. Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini. Kecantikan alam semulajadi tasik ini, sentiasa menggamit pengunjung dari negara jiran seperti Singapura dan Thailand, dan juga negara Eropah dan Jepun. Suasana tenang dan aman di Tasik Pergau menggoda pengunjung untuk menghabiskan percutian di sini, dan terdapat laporan bahawa tasik ini menjadi tempat persinggahan tahunan bagi ramai pelancongan asing.

 

view chalet dari tasik  mancing di tepi chalet

 

LALUAN TIMUR BARAT

Pengunjung dari Perak ke Tasik Pergau boleh menggunakan laluan Timur-Barat dari Gerik ke Jeli, sementara pengunjung dari Kota Bharu boleh ke Jeli untuk ke tasik ini. Tidak sukar untuk ke jeti di Tasik Pergau ini, yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama. Kawasan ini turut dikenali sebagai Taman Lindungan Tasik Pergau, sebuah tasik 460 hektar yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Bagi peminat aktiviti memancing, Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar seperti lampam , talapia dan toman. Di sepanjang tebing tasik pula, anda akan dapat melihat rusa yang datang ke tebing air untuk minum. 

 

HUTAN HUJAN TERTUA DUNIA

Dikelilingi hutan hujan yang menghijau, dan dikatakan lebih tua daripada tasik Amazon, Brazil, tasik ini menawarkan sebuah pengalaman unik kepada pengunjung. Pada malam hari, suhu di Tasik Pergau mencecah sehingga 18 darjah Celsius, seperti suhu di Tanah Tinggi Cameron. Penginapan di sini mencukupi kerana Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) membuka chalet untuk pengunjung yang ingin bermalam di sekitar kawasan tasik. Dengan hanya RM 70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di tepi tasik. Malah, resort di sini turut menawarkan kemudahan bagi mereka yang ingin mengadakan seminar dan kursus. Resort ini dapat menempatkan 100 penghuni pada satu-satu masa. Antara kemudahan yang disediakan oleh Kesedar adalah enam chalet terapung. Terdapat juga kemudahan surau, khemah, hostel, dewan makan dan bilik mandi. Kecantikan Tasik Pergau juga sentiasa menggamit pengunjung dari negara jiran, Singapura dan Thailand dan negara lain seperti Eropah dan Jepun.

Tasik Pergau Lake2  4036323366 8df0403aab b

 

DAPUR MEMANGGANG IKAN

Pengurus resort, Che Zaaba Mat Lazim, berkata pengalaman memancing adalah suatu yang dinanti-nantikan oleh penggemar aktiviti itu. Dapur turut disediakan di setiap chalet, dan pemancing dapat memanggang ikan mereka tangkap. “Resort turut mempunyai khidmat tukang masak, selain pengunjung sendiri menyediakan makanan mereka,” katanya. Che Zaaba turut menasihatkan pengunjung membawa sendiri bekalan makanan sepanjang mereka berada di resort itu. “Mereka juga boleh meminta khidmat tukang masak, tetapi mereka perlu membayar caj tambahan,”katanya. Dia berkata resort itu turut menjual ikan segar kepada pengunjung. Ikan tersebut diternak dalam sangkar di tasik.

 

TREK HUTAN

Mereka yang berminat untuk melihat flora dan fauna di Tasik Pergau, resort Kesedar turut mengadakan program trek hutan untuk mereka, kata Che Zaaba. Sementara itu, seorang pengunjung dari Singapura Stephen Tan, berkata dia dan keluarganya telah ke tasik itu sebanyak empat kali. “Selain Tasik Banding, Tasik Pergau juga menjadi pilihan kami kerana tasik ini suatu tempat yang sesuai untuk kami merehatkan diri,”katanya kepada Bernama di resort tersebut. Ditanya tentang Tasik Pergau, Stephen berkata dia mengetahui tentang tasik itu setelah melayari laman web Kesedar  http://www.kesedar.gov.my/. Pelancong yang ingin melawat Tasik Pergau boleh membuat tempahan di pejabat KESEDAR Wilayahi Jeli di talian 09-944 0281 atau faks kepada 09-944 1388. Che Zaaba juga boleh dihubungi di talian 019-929 1578 atau 014-6096023. Untuk mempromosikan Tasik Pergau, sebuah syarikat swasta iaitu Pergau Agro Resort Sdn Bhd melabur sebanyak RM5 juta bagi memperkenalkan konsep bercuti di kawasan ladang tanaman herba dan buah-buahan sambil menikmati keindahan Tasik Pergau. Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar itu yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi penggemar kaki pancing, di situlah “syurga” untuk menangkap spesis lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi. Di kelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam. Berada pada paras ketinggian 2,400 kaki dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.

 

(Sumber : http://www.kesedar.gov.my)

 

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park, Kelantan

 

JELAWANG

 

Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah sebuah tarikan pelancongan terbaru di negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Kawasan rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan tempat penginapan untuk disewa. Lokasi JPREP juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama keluarga.

Suasana yang damai serta memiliki udara yang segar menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara. Bagi warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat kerja. Selain itu, lokasi percutian Jelawang Pipe Resort & Extreme Park juga telah tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Kelantan yang mesti anda kunjungi.

 

222449917  Jelawang Pipe Resort Extreme Park 3

 

CARA MENUJU KE JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang dan seterusnya melalui Jalan Central Spine dan Jalan Sungai Sam-Jeli untuk sampai ke Jelawang Pipe Resort. Tempoh perjalanan mengambil masa kira-kira 4-5 jam bergantung pada keadaan trafik semasa. Walaupun kawasan Dabong tidak begitu membangun dengan pesat, tetapi kemudahan jalan raya di sini agak sempurna dan memuaskan.

  • Alamat : Kampung Sungai Batu Jelawang, Dabong 18200 Kuala Krai, Kelantan
  • Hubungi : 014-8324363

Waktu Operasi 

  • 8 am – 7 pm (Setiap Hari)

 

Jelawang Pipe Resort Extreme Park 5

 

HARGA TIKET JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Disebabkan kawasan rekreasi ini masih baru dan kurang dikenali, pelbagai kemudahan dan kelengkapan sedang giat diusahakan bagi menarik minat pelancong serta memberi keselesaan kepada setiap pengunjung. Pihak pengurusan juga berhasrat untuk memupuk cintakan alam sekitar dan menawarkan aktiviti yang sihat kepada kepada pengunjung.

Harga tiket kemasukan di kawasan rekreasi ini juga sangat berpatutan dan berbaloi manakala bayaran untuk setiap aktiviti pula berkonsepkan “Pay Per Ride”.

 

Bayaran Tiket

Tiket Kemasukan

  • *Kereta – RM3
  • *Motosikal – RM1

 

Berkhemah

  • *Tapak Khemah – RM3/Seorang

 

Flying Fox/ Zipline

  • *RM15/Seorang
  • *Minima 5 Orang

 

Water Tubing

  • *RM60/Seorang
  • *Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

 

Via Ferrata

  • *RM75/Seorang
  • *Minima 3 Orang, 15 Orang, dan Keatas
  • *Perlu menempah 3 Hari Sebelum Aktiviti

 

Waterfall Hiking

  • *RM25/Seorang
  • *Minima 5 Orang

 

Caving 

  • *RM20/Seorang
  • *Minima 5 Orang

 

Single Tube Room

  • *RM60/Malam
  • *Sesuai Untuk 2 Orang Dewasa
  • *1 Katil Queen
  • *Termasuk Sarapan Pagi

 

Double Tube Room

  • *RM100/Malam
  • *Sesuai Untuk 4 Orang Dewasa
  • *2 Katil Queen
  • *Termasuk Sarapan Pagi

 

Triple Tube Room

  • *RM170/Malam
  • *Sesuai Untuk 6 Orang Dewasa
  • *3 Katil Queen
  • *Termasuk Sarapan Pagi
  • *Tandas Persendirian
  • *Tempat BBQ

 

AKTIVITI MENARIK DI JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Lokasi percutian yang berhampiran hutan tropika dan kawasan air terjun ini menjadikan ia sangat menarik untuk diterokai. Bagi penggemar aktiviti lasak dan mencabar, lokasi Jelawang Pipe Resort & Extreme Park mesti tertulis di dalam senarai percutian anda. Antara aktiviti menarik yang menanti para pengunjung adalah ;

  • – Berkelah
  • – Mandi Sungai
  • – Berkhemah
  • – Flying Fox/ Zipline
  • – Water Tubing
  • – Via Ferrata
  • – Waterfall Hiking
  • – Caving
  • – Abseiling
  • – Rock Climbing
  • – Paragliding

 

Jelawang Pipe Resort Extreme Park 7  Jelawang Pipe Resort Extreme Park 2

 

KEMUDAHAN DI JELAWANG PIPE RESORT & EXTREME PARK

Antara kemudahan asas yang terdapat di kawasan rekreasi ini seperti ;

  • – 5 unit bilik Single Tube
  • – 2 unit bilik Double
  • – 2 unit Bilik Triple
  • – Tandas awam
  • – Surau
  • – Kafeteria
  • – Kawasan Parkir
  • – Jurupandu Arah
  • – Tapak Perkhemahan
  • – Tempat BBQ

 

Ini bagi memastikan keperluan dan keselesaan para pengunjung terjaga setiap waktu. Dengan adanya kawasan rekreasi yang baru di daerah Dabong ini secara tidak langsung dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada belia kawasan setempat.

 

Jelawang Pipe Resort Extreme Park 12  D0k2LAAU0AEAXux

 

Untuk mengisi waktu cuti anda sekeluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan, destinasi Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah pilihan yang tepat sebagai lokasi percutian anda. Rancang perjalanan anda untuk menikmati percutian yang menggembirakan.

(Sumber : https://lokasipercutian.com/jelawang-pipe-resort-extreme-park-kelantan/)

 

Bukit Durian Bandar Utama, Gua Musang

 

54169388 1377579642381986 6993409846947086336 o

 

Bukit Durian setinggi 260 meter di Bandar Utama di sini menjadi destinasi terbaharu penduduk daerah ini untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah. Sejak dibuka hampir setahun lalu oleh pemaju perumahan Bandar Utama, kawasan Bukit Durian sentiasa dipenuhi orang ramai terutamanya waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti bersenam dan mendaki bukit.

 

54728548 1377579795715304 2153489296475029504 n  54432590 1377579695715314 1414795410219728896 n

 

Bukit Durian mempunyai kawasan trek untuk berjoging. Bukit Durian juga menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan aktiviti mendaki dan berbasikal. Bukit Durian adalah sesuai untuk beriadah keluarga kerana kawasannya bersih, selamat dan bukitnya sesuai untuk aktiviti mendaki yang boleh dinaiki oleh semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Pada hari minggu terutamanya Jumaat dan Sabtu di kawasan ini macam pesta. Penduduk Gua Musang telah menjadikan aktiviti mendaki di bukit itu sebagai hobi baharu mereka untuk menjaga kesihatan.

(Sumber : https://www.mynewshub.tv/terkini/bukit-durian-tarikan-baharu-gua-musang/)

 

Masjid Razaleigh (Model Masjidil Haram Mekah), Gua Musang

 

maxresdefault

 

Masjid Razaleigh yang dibina menyerupai model Masjidil Haram, Kelantan bakal menjadi mercu tanda terkini untuk menarik para pelancong seluruh dunia untuk ke Kelantan. Mula dibina pada akhir 2016. Masjid Razaleigh bernilai lebih RM35.1 juta yang menyerupai model Masjidil Haram di Mekah. Berkeluasan 99,000 kaki persegi. Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar.

 

masjid3  masjid5

 

Masjid diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, YBM. Tengku Razaleigh Hamzah. Mampu menampung sehingga 3,500 Jemaah. Dilengkapi Sembilan (9) menara setinggi 30 meter dan lapan (8) kubah mirip Masjidil Haram di Mekah.

 

masjid6  masjid4

 

Masjid ini juga menyediakan ruangan kepada bakal haji mengadakan kursus secara praktikal seperti tawaf. Masjid Razaleigh lama (bandar lama) tidak lagi boleh menampung tambahan Jemaah dengan wujudnya taman perumahan baru antaranya Bandar Utama Gua Musang dan perumahan lain di sekitarnya. Masjid lama tidak lagi sesuai kerana tiada parking dan kemungkinan besar banjir akan berlaku lagi pada masa akan datang. Peruntukkan pembinaan masjid ini disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

( Sumber : https://mdgm.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/destinasi-menarik/tempat-tempat-pelancongan/230-masji )

 

Tokong Air dan Bulan (Tokong Shui Yuegong), Gua Musang

 

water and moon temple min

 

Guan Yin, Dewi Penyayang, dihormati di Tokong Shui Yegong, salah satu tokong tertua di Malaysia dan sebuah patung besar Guan Ying telah dipahat boleh dijumpai di sini. Tokong ini ditubuhkan kira-kira empat ratus tahun lalu selepas orang Cina Hakka menetap di Kampung Pulai, Gua Musang. Fakta menarik tentang peneroka Hakka Cina ialah mereka mula-mula terkenal dengan operasi perlombongan emas, tetapi apabila bijih emas di kawasan ini hilang, mereka terpaksa beralih pada aktiviti pertanian untuk sumber pendapatan.

 

tokong di gua musang 1

 

Komuniti itu akhirnya berintegrasi dengan masyarakat orang asli pada tahun-tahun kemudian. Tokong yang mewakili sejarah hidup masyarakat ini dibina berhampiran Bukit Puteri. Bukit itu juga dikenali sebagai Zhi Xia Dong dalam kalangan masyarakat Cina. Gua dan Sungai Galas, yang mengelilingi tokong, memberikan rasa tenang kepada para jemaah, sejurus menjadikannya salah satu tempat menarik di Gua Musang yang paling cantik.

( Sumber : https://www.trixoli.com/ms-my/tarikan/malaysia/gua-musang/)

 

Muse Ecopark, Gua Musang

 

photo 2022 04 10 10 06 08

 

Ramai yang menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung/gua yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tetapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai. Bagi mereka yang ada rancangan ingin bercuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang kerana ada satu lagi destinasi pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark yang terletak di perkarangan Masjid Buluh Gua Musang.

 

2023 10 11  photo 2022 04 10 08 51 13

1  photo 2022 04 07 17 20 03

Aktiviti boleh dilakukan seramai 2-3 orang satu sesi yang mengambil masa selama setengah jam sahaja. Manakala, jika kumpulan yang ramai mungkin lebih masa diperlukan. Keselamatan pengunjung akan dipantau oleh tiga orang instructor bagi menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform pada ketinggian 40 meter dan aktiviti flying fox pada ketinggian 15 meter.

( Sumber : https://mdgm.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/destinasi-menarik/tempat-tempat-pelancongan/384-muse-ecopark )