mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2018 KEUSAHAWANAN – Pn. Zainun Bt Kadir

USAHAWAN LEMANG

Nama : Zainun Bt Kadir
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Zainun Bt Kadir merupakan seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 2 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Beliau menjalankan perniagaan lemang bersama ibu bermula pada awal tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Permintaan pelanggan bulanan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan lemang beliau. Puan Zainun Binti Kadir telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftar sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jualan lemang beliau. Jualan lemang pada hari biasa adalah sebanyak 6 kilo beras pulut iaitu 30 batang sahaja manakala permintaan lemang meningkat tibanya musim perayaan sehingga 500 batang lemang tempahan daripada pelanggan.