mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2017 KEUSAHAWANAN – Pn. Siti Halijah Binti Che Mat

USAHAWAN KECIL PRODUK KRAFTANGAN

Nama : Siti Halijah Binti Che Mat
Umur : 50 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Halijah usahawan kecil produk kraftangan di daerah Gua Musang Kg Kuala Tol.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2003 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung sekitar. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan adalah sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menyedari hakikat dunia perniagaan yang mempromosikan produk melalui atas talian, Puan Siti Halijah telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftar sebagai ahli PI selepas pembukaan PI pada bulan Mei 2017. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau kini boleh mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.