mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2019 KEUSAHAWANAN – Pn. Siti Fairiyusmany Bt Mohamad Yusoff

USAHAWAN TANAMAN CILI

Nama : Siti Fairiyusmany Bt Mohamad Yusoff
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Fairiyusmany Bt Mohamad Yusoff mula mengusahakan tanaman kebun cili bermula pada bulan November 2018. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak. Keluasan kebun cili yang di usahakan adalah 70×40 kaki persegi bersamaan satu lot rumah. Belia juga merupakan usawahan di bawah sahabat Amanah Iktiar Malaysia. Modal permulaan beliau adalah dua puluh ribu. Selain itu, beliau sering merebut peluang bukan hanya mengusahakan kebun tanaman cili  sahaja, beliau juga turut meniaga barangan kesihatan, makanan dan barang-barang keperluan. Kini beliau telah mempelbagaikan lagi cili beliau ke produk cili jeruk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan / pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan telefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil tanaman beliau. Permintaan cili yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Facebook, Myshop & instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan hasil tanaman cili ke pasar pagi gua musang dan rtc kota bharu.