USAHAWAN KECIL PRODUK KESIHATAN
| Nama | : Selina bt Othman |
| Umur | : 43 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Selina Othman merupakan seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 6 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Beliau menjalankan perniagaan produk firmax3 bermula pada awal tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Puan Selina Bt Othman telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau.





