USAHAWAN JAHITAN PAKAIAN
| Nama | : Ramilah Bt Razak |
| Umur | : 48 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Puan Ramilah Bt Razak merupakan seorang suri rumah sepenuh masa serta mempunyai 4 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan menjahit pakaian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Beliau menjalankan perniagaan bermula pada awal tahun 2000.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Permintaan jahitan baju daripada pelanggan adalah sangat sedikit.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jahitan pakaian beliau. Beliau telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan jahitan baju beliau. Selain itu, beliau juga selalu hadir ke kelas usahawan yang di anjurkan oleh petugas PI Kg Kala Star. Permintaan jahitan pakaian juga meningkat selepas beliau mempromosikan di dalam facebook. Selepas enam bulan purata pendapatan sebulan beliau kini memcecah sehingga RM 600. Hampir setiap minggu banyak jahitan yang di terima daripada pelanggan. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memenuhi citarasa jahitan baju yang kemas kepada pelanggan serta pelanggan amat berpuas hati.








