mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2017 KEUSAHAWANAN – Pn. Nor Hafeiza Bt Ali

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN

Nama : Nor Hafeiza Binti Ali
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nor Hafeiza Binti Ali merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 1  orang anak. Kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan,beliau suka mencuba untuk membuat mini karipap. Mula menjual sejak 1 tahun yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan page yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Puan Nor Hafeiza telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau. Beliau tidak menjalani proses pembelajaran secara langsung di PI kerana kekangan masa dan faktor anak kecil. Beliau banyak menghubungi petugas untuk mengetahui cara-cara mempromosikan produk beliau.

Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah sehingga RM500.