mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2017 KEUSAHAWANAN – Pn. Haslina Bt Abdul Hamid

USAHAWAN ONLINE- MENJUAL KEK

Nama : Haslina Bt Abdul Hamid
Umur : 39 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn.Haslina Bt Abdul Hamid merupakan seorang guru. Kerana minat yang mendalam dalam bidang Bakeri beliau menjadikan hobi tersebut sebagai pendapatan sampingan. Beliau dibantu oleh tiga orang staf.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2009 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung sekitar. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 sahaja sebulan. Jumlah tempahan dan pelanggan bulanan adalah sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Menyedari hakikat dunia perniagaan yang mempromosikan tempahan kek melalui atas talian, Pn.Haslina Bt Abdul Hamid telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftar sebagai ahli PI selepas pembukaan PI pada bulan Mei 2017. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan hasil tempahan kek beliau. Pelanggan beliau kini boleh mengetahui tempahan kek beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1200 mengikut permintaan tempahan daripada pelanggan.