mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2018 KEUSAHAWANAN – Pn. Che Masliya Bt Che Aziz

USAHAWAN SANTAN & PEMBORONG KELAPA SEGAR

Nama : Che Masliya Bt Che Aziz
Umur : 37 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn Che Masliya mengusahakan perniagaan santan bersama suami En. Azmi bermula pada tahun 2015. Beliau mempunyai 1 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. En. Azmi dan Isterinya Pn. Che Masliya Bt Che Aziz telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftar sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau. Permintaan santan juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam facebook. Stok santan yang diperlukan pada setiap hari adalah 40 kg serta meningkat pada musim kenduri memerlukan 100- 200 kg untuk sehari. Kini beliau mempunyai pelanggan tetap dan berjaya memasarkan penjualan santan ke kampung-kampung lain.