mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2017 KEUSAHAWANAN – Pn. Nurul Afiqah Bt Abdul Manaf

USAHAWAN AKSESORI TELEFON/ BARANGAN AKSESORI WANITA & KANAK-KANAK

Nama : Nurul Afiqah Bt Abdul Manaf
Umur : 27 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Nurul Afiqah Binti Abdul Manaf merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu tunggal serta mempunyai 2 orang anak. Selepas peninggalan arwah suaminya, beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – Rm200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sangat sedikit.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Kala Star, beliau kini telah memiliki facebook sendiri dan page yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Puan Nurul Afiqah Binti Abdul Manaf telah datang ke Pusat Internet Kg Kala Star dan mendaftarkan sebagai ahli selepas pembukaan PI pada Mei 2017 untuk belajar mencipta Facebook sebagai platform beliau untuk memperkenalkan produk beliau. Beliau tidak menjalani proses pembelajaran secara langsung di PI kerana kekangan masa dan faktor anak kecil. Beliau banyak menghubungi petugas untuk mengetahui cara-cara mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah sehingga RM500.