GERAI MINI KAK YA & JUALAN ONLINE
Seorang ibu muda yang bergelar usahawan kecil telah memulakan perniagaannya bermula dari Jun 2017 sehingga kini. Puan Masnira Mahassan merupakan suri rumah sepenuh masa dan telah dikurniakan dua cahaya mata. Disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang perniagaan, beliau mula memberanikan diri menceburkan diri dengan membuka gerai makanan secara kecil-kecilan. Perniagaannya mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung sekitar. Antara menu yang disediakan di gerainya Laksa Pineng, Kerabu Meggi, Colek Buah dan pelbagai lagi. Beliau juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan secara percuma kepada pelanggan yang tinggal berdekatan.
selain daripada berniaga secara kecil-kecilan, Puan Masnira turut menjalankan perniagaan secara Online sebagai pendapatan sampingan keluarga. Menjadikan media sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai medium untuk memperkenalkan jualannya merupakan langkah bijak yang diambil oleh beliau untuk mempromosikan gerai jualan dan barangan Online yang dijual. Tidak hanya tertumpu kepada jualan makanan, Puan Masnira turut menjual barang kegunaan/ keperluan harian seperti pakaian kanak-kanak, pakaian dewasa, produk kesihatan/ kecantikan dan juga barangan perhiasan dalam rumah.
Anggaran pendapatan kasar bulanan yang diperoleh oleh beliau sekitar RM 900. Keuntungan yang diperoleh juga bergantung kepada jumlah permintaan dan sambutan dari pelanggan.
