PENGUSAHA PENTERNAKAN ITIK
Penternakan itik yang diusahakan oleh Pn Rosnani Bt Hassan. Beliau telah memulakan Penternakan ini tahun 2016 pada 5 Februari 2016 yang lalu. Merupakan milik persendirian oleh Pn Rosnani sekeluarga.Penternakan itik yang diusahakannya mendapat permintaan yang baik daripada mereka yang hendak membuat pelbagai jenis kuih yang melibatkan penggunaan telur itik. Jumlah bilangan itik sehingga kini adalah sebanyak 30 ekor dan mempunyai satu reban. Hasil telur setiap pagi adalah kira-kira 26 biji sehari dan . Jenis telur itik yang diusahakan adalah mentah sahaja. Kos untuk makanan itik setiap hari adalah rm 13.00.Harga jualan adalah rm18 ringgit untuk satu kapit telur. Hasil kerja keras, beliau mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga RM600 sebulan.
