Peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Kg Kala Star adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk kampung ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk. Ahli JKKK serta penduduk kampung ini turut berusaha menaik taraf pendidikan anak-anak kampung serta ekonomi penduduk.
Selain berusaha memajukan kampung, JKKK juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan. Program-program Gotong-Royong,Majlis Berbuka Puasa, Majlis Hari Raya, sambutan bulan kemerdekaan, Hari Malaysia sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).