BAJU BUNDLE
| Nama | : Muhammad Nazahan Bin Mat Nazari |
| Umur | : 20 tahun |
| Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Muhammad Nazahan Bin Mat Nazari, beliau mula berjinak di dalam bidang perniagaan Z.Bundlee77 bermula pada tahun lepas. Sebelum beliau memulakan perniagaan baju bundle, beliau banyak datang ke NADI Kampung Kala Star untuk belajar bagaimana cara untuk berniaga di platform media sosial seperti Shopee dan Tiktok. Petugas NADI telah memberi tunjuk ajar sehingga beliau yakin dan percaya mengenai selok belok berkaitan perniagaan. Kini beliau mampu membuka kedai perniagaan sendiri iaitu Z.Bundlee77. Beliau menjual pelbagai jenis jenama baju terpakai. Modal permulaan yang beliau keluarkan adalah sebanyak lima ratus ringgit. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan kerana beliau tidak berminat untuk bekerja dengan orang lain. Permintaan jualan barangan terpakai hanya penduduk sekitar sahaja dan permintaan sedikit. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kampung Kala Star, beliau kini telah memiliki Shopee dan Tiktok sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan jualan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pendapatan bulanan beliau hanya biasa-biasa sahaja sebulan. Jumlah permintaan/pelanggan bulanan adalah sangat sedikit. Pelanggan beliau hanya penduduk sekitar sahaja. Menjual melalui online dengan hanya menggunakan telefon bimbit sendiri dengan akses yang terhad dan kurang ilmu dalam perniagaan online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kampung Kala Star, beliau kini telah memiliki Facebook, Tiktok Shop, Shopee sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Permintaan produk yang dijual juga meningkat selepas beliau mempromosikan produk di dalam Shopee, Facebook & Instagram. Beliau dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan lebih baik dan lebih meluas.