mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2017 CELIK IT – Pn. Siti Halijah Bt Che Mat

BELAJAR INTERNET & MENAIP 

Nama : Siti Halijah Binti Che Mat
Umur : 50 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Siti Halijah Binti Che Mat, berusia 50 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak. Beliau tidak bekerja, namun beliau menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas menunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star setiap selasa dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office, emel dan modul-modul lain. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di PI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.