mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2018 CELIK IT – Nur Aina Nazirah Bt Mohd Suhaimi

BELAJAR INTERNET & MENAIP 

Nama : Nur Aina Nazirah bt Mohd Suhaimi
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nur Aina Nazirah Bt Mohd Suhaimi, berusia 10 tahun dan merupakan pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Star. Beliau merupakan anak yang ke enam daripada tujuh orang adik beradik. Aina sering hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kg Kala Star. Semenjak PI Kg Kala Star dibuka, Aina merupakan ahli dan pengunjung yang sering menghadiri setiap kelas yang dilaksanakan oleh petugas pada setiap minggu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin. Walau bagaimanapun, beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star pada hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh adik Nur Aina Nazirah Bt Mohd Suhaimi selepas beliau mendaftar sebagai keahlian PI Kg Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di PI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.