BELAJAR INTERNET & MENAIP
| Nama | : Intan Adriana Bt Azli |
| Umur | : 8 tahun |
| Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Intan Adriana Bt Azli, berusia 8 tahun dan merupakan pelajar tahun 2 Sekolah Kebangsaan Star. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Intan sering hadir ke kelas ICT yang diadakan di PI Kg Kala Star. Semenjak PI Kg Kala Star dibuka, Intan merupakan ahli dan pengunjung yang sering menghadiri setiap kelas yang dilaksanakan oleh petugas pada setiap minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak mempunyai ilmu asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan bagi tujuan pembelajaran kerana tidak yakin. Walaubagaimanapun, beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star pada hujung minggu iaitu pada hari jumaat dan sabtu jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh adik Intan Adriana Bt Azli selepas beliau mendaftar sebagai keahlian PI Kg Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di PI dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.





