mcmc
Belia Harapan Bangsa

Belia MAYC Kala Star

Persatuan Belia MAYC Kala Star masih baru ditubuhkan iaitu pada 6 Januari tahun 2012. Namun begitu, persatuan ini juga bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan berbentuk kemasyarakatan dan kesukanan. Mereka akan mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antaranya ialah bermain sepak takraw bagi belia lelaki.

Organisasi ini dinamakan Persatuan Belia MAYC Kala Star. Persatuan ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Syahbudin Hashim yang merupakan penaung yang banyak membantu belia MAYC Kala Star. Walaupun beliau bukan anak jati Kg Kala Star, namun Belia MAYC Kala Star telah berjaya dalam beberapa aktiviti yang dijalankan sepanjang penubuhan.  Pengerusi Mayc Kala Star adalah saudara Mokhtar Dahari Bin Ibrahim dibantu oleh Timbalan Pengerusi Saudara Mohd Azli Bin Kadir. Mesyuarat Agong diadakan selama 2 tahun sekali dan Mesyuarat yang akan datang berlangsung pada bulan Januari 2018. Keahlian ahli belia MAYC Kala Star sehingga kini adalah seramai 120 orang.