mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

PENGUSAHA KRAFTANGAN BARANG-BARANG TERBUANG

Puan Siti Halijah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 6 orang anak. Kerana minat yang mendalam terhadap barang-barang terbuang beliau sering menyertai pertandingan gubahan dari barang-barang terbuang sehingga tercetusnya idea untuk menjual kraftangan daripada barang-barang terbuang.  Mula menjual hasil kraftangan sejak 5 tahun yang lalu.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2003 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk kampung sekitar.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan adalah sedikit.

Selain kraftangan, beliau turut mengambil tempahan untuk gubahan hantaran. Harga setiap gubahan yang dibuat adalah bergantung kepada bentuk dan kreativiti serta harga yang berpatutan.B eliau kini telah memiliki facebook dan page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau kini boleh mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.