mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 CELIK IT – Pn. Nor Zuraidah Binti Yusof

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER ASAS MICROSOFT OFFICE 

Nama : Nor Zuraidah Binti Yusof
Umur : 32 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn Nor Zuraidah Binti Yusof berusia 32 tahun dan merupakan suri rumah sepenuh masa, namun beliau menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di PIK Kg Kala Star.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PIK, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin. Walau bagaimanapun, beliau sangat bersemangat untuk belajar komputer dan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet Komuniti

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas memberi tunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Komuniti Kg Kala Star pada pada setiap hari selasa jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bagi modul Microsoft Office dan modul-modul lain. Lebih dari sepuluh kelas yang telah dihadiri oleh beliau selepas beliau mendaftar sebagai keahlian PIK Kg Kala Star. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di PIK dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.