mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2019 CELIK IT – Pn. Ramilah Bt Razak

KELAS KEMAHIRAN KOMPUTER MICROSOFT OFFICE 2010

Nama : Ramilah Bt Razak
Umur : 48 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Ramilah Bt Razak, berusia 48 tahun merupakan seorang tukang jahit sepenuh masa serta mempunyai 4 orang anak. Beliau nekad untuk berusaha mencari rezeki dan menjadikan menjahit pakaian sebagai sumber pendapatan di samping untuk membantu meringankan beban suami. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap namun beliau menyedari hakikat bahawa dunia sekarang adalah dunia ICT. Atas kesedaran itulah, beliau datang belajar komputer di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mengikuti program pembelajaran di PI, beliau tidak tahu langsung mengetahui asas komputer. Pada awal pembelajaran, beliau agak kekok untuk menggunakan komputer dan teragak-agak untuk membuka aplikasi yang disediakan untuk pembelajaran kerana tidak yakin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah petugas menerangkan tentang perkakasan dan perisian komputer, beliau lebih memahami dan tidak lagi kekok. Petugas menunjuk ajar tentang asas komputer, internet dan Microsoft Office. Beliau datang belajar di Pusat Internet Kg Kala Star setiap selasa dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bagi modul Microsoft Office, emel dan modul-modul lain. Beliau seorang yang komited dan cepat belajar. Selain itu, beliau juga sering membuat carian bahan-bahan menjahit melalui youtube seperti teknik-teknik jahitan, teknik membuat pola pakaian dan sebagainya. Kini, beliau sudah mahir menggunakan perisian Microsoft Office dan pada masa akan datang, beliau berazam untuk mengambil lagi sijil-sijil lain bagi meningkatkan kemahiran beliau. Diharap segala usaha dan pembelajaran beliau di pi dapat dimanfaatkan pada masa hadapan bagi meneruskan kelangsungan hidup.